Fesyen Rambut Budak Perempuan – Rambut sering dianggap sebagai mahkota, bukan hanya bagi orang dewasa tetapi juga bagi si kecil.
Berbeza dengan fesyen rambut budak lelaki yang lebih ringkas, pilihan fesyen rambut untuk budak perempuan jauh lebih pelbagai.
Dari potongan pendek yang praktikal hingga fesyen rambut panjang yang anggun, setiap model rambut mampu mencerminkan personaliti dan fesyen tersendiri.
Bagi ibu bapa yang sedang mencari inspirasi untuk mencantikkan penampilan anak perempuan, berikut adalah beberapa pilihan fesyen rambut yang boleh dijadikan panduan.
Setiap model bukan sahaja tampak bergaya tetapi juga sesuai dengan pelbagai bentuk wajah dan jenis rambut.
1. Angled Bob

Potongan rambut yang semakin panjang ke bahagian hadapan ini memberikan fesyen moden dan segar.
Selain kelihatan bergaya, fesyen rambut pendek budak perempuan ini juga lebih praktikal dan sesuai untuk anak yang aktif kerana tidak mudah kusut dan terasa ringan.
2. A-Line Bob
Hampir serupa dengan angled bob tetapi lebih panjang, potongan ini menampilkan rambut yang lebih pendek di belakang dan semakin memanjang ke hadapan.
Fesyen baju budak perempuan ini memberikan efek kemas serta sesuai untuk kanak-kanak yang menggemari rambut sederhana panjang.
3. V-Cut

Bagi yang memiliki rambut tebal dan panjang, gaya ini memberikan bentuk yang lebih menarik. Potongan berbentuk ‘V’ di hujung rambut mencipta dimensi yang lebih natural dan beralun.
Ditambah pula dengan poni panjang, fesyen ini memberikan sentuhan klasik yang tetap trendy.
4. Curly Short
Rambut kerinting sememangnya menambah kecomelan si kecil. Potongan pendek membantu menyerlahkan tekstur keriting secara semula jadi sambil memberikan kesan kemas dan rapi.
fesyen ini juga lebih mudah diurus dan sesuai untuk kanak-kanak yang aktif.
Baca Pula : 10 Idea Fesyen Rambut Pendek Perempuan 2025
5. Piggy Tail

Gaya klasik yang tidak pernah lapuk dek zaman! Dengan hanya dua ikatan rambut di kiri dan kanan, penampilan anak akan kelihatan lebih comel dan rapi.
Tambahkan aksesori seperti pita atau reben untuk gaya yang lebih menyerlah, terutamanya untuk acara khas.
6. Korean Wavy
Gaya rambut ala Korea semakin digemari, bukan hanya oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.
Rambut panjang yang dibiarkan mengalun lembut memberikan kesan feminin dan elegan. Untuk hasil terbaik, rambut boleh digulung sedikit bagi mendapatkan efek gelombang semula jadi.
7. Wolf Cut

Gabungan antara gaya shaggy dan mullet, potongan ini memberi efek berlapis dengan bahagian atas yang lebih tebal dan bahagian bawah yang menipis.
Gaya ini memberikan sentuhan moden serta sesuai untuk rambut tebal atau beralun. Untuk anak perempuan yang mahukan penampilan sedikit berbeza, ini adalah pilihan yang menarik.
8. Half Bun Hair
Bagi yang menginginkan fesyen separa ikatan, half bun hair adalah pilihan terbaik. Bahagian atas rambut diikat separuh sementara bahagian bawah dibiarkan terurai. Gaya ini sesuai untuk mereka yang berwajah oval dan memberikan kesan segar serta kemas.
9. Layer Panjang

Potongan layer memberikan ilusi rambut lebih bervolume dan tersusun kemas. Gaya ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang memiliki rambut panjang dan sedikit nipis. Selain itu, potongan ini juga tidak mudah ketinggalan zaman.
10. Poni Depan
Bagi yang mahu menambahkan elemen kecomelan, poni depan boleh menjadi pilihan utama. Rambut berponi menjadikan wajah kelihatan lebih ceria dan menyerlah.
fesyen ini paling sesuai untuk rambut lurus dan wajah berbentuk bulat atau oval.
Dengan pelbagai pilihan fesyen rambut yang menarik, anak perempuan bukan sahaja kelihatan lebih menawan tetapi juga lebih selesa dalam menjalani aktiviti harian. Pastikan pemilihan gaya rambut sesuai dengan keperibadian dan keperluan supaya mereka kekal yakin dan gembira setiap hari!